Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dr Ahmad Taufik dilantik Timbalan Pengarah Kastam negeri

PENGARAH Kastam Sabah, Datuk Abdullah Jaapar (belakang, dua dari kanan) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Penguatkuasaan antara Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kastam Negeri, Dr Ahmad Taufik Sulaiman (hadapan kiri) kepada mantan Timbalan Pengarah, Mohd Shahrin Mohd Dom (hadapan kanan) di Kota Kinabalu, sebentar tadi. – Foto Mohd Nazllie Zainul

 

KOTA KINABALU: Bekas Penolong Kanan Pengarah Kastam Satu, Unit Pengajian Kepimpinan Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka, Dr Ahmad Taufik Sulaiman dilantik Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Penguatkuasaan baharu menggantikan Mohd Shahrin Mohd Dom.

Mohd Shahrin bakal bertugas di Unit II (Selangor) Zon Tengah selepas diberi tanggungjawab mengetuai bahagian penguatkuasaan negeri ini selama setahun tiga bulan.

Berasal dari Pahang, Ahmad Taufik pernah bertugas di Sabah pada tahun 2005 hingga 2007 sebagai Urusetia Penguatkuasaan Negeri Sabah sebelum menyambung pengajian bagi Doktor Falsafah (PHD) di Brussel, Belgium.

Ahmad Taufik berkata, beliau tidak berasa janggal untuk menjalankan tanggungjawab selaku Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan yang baharu kerana sudah biasa dengan suasana bekerja di negeri ini.

“Saya bersyukur dapat kembali berkhidmat di sini dengan memegang amanah lebih berat kerana Sabah memiliki keluasan yang besar untuk kita pantau dari sudut penugasan Kastam.

“Selepas diberi tanggungjawab ini, saya akan meneruskan segala perkara positif yang dilaksanakan bekas timbalan pengarah selain menambah baik pelbagai aspek di bahagian penguatkuasaan,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Penguatkuasaan, di sini, sebentar tadi.

Majlis itu disaksikan Pengarah Kastam Sabah, Datuk Abdullah Jaapar.

Dalam pada itu, Ahmad Taufik berharap semua warga kastam negeri khususnya bahagian penguatkuasaan dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang beliau mengetuai bahagian itu.

“Kita sedar kekuatan anggota adalah aset berharga yang harus dijaga dengan baik demi memastikan kejayaan sesebuah agensi,” katanya. – Oleh Mohd Nazllie Zainul/BH Online

Komen


Berita Berkaitan