Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dr Ahmad Taufik berpindah ke Kastam Sabah

KOTA KINABALU, 14 Ogos (Bernama) — Dr Ahmad Taufik Sulaiman hari ini dilantik sebagai Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan Negeri Sabah yang baharu menggantikan Mohd Shahrin Mohd Dom.

Majlis serah tugas antara kedua-dua pegawai terbabit hari ini disaksikan Pengarah Kastam Sabah Datuk Abdullah Jaapar.

Sebelum ini, Dr Ahmad Taufik bertugas sebagai Penolong Kanan Pengarah Kastam I di bawah Unit Pengajian Kepimpinan AKMAL Melaka manakala Mohd Shahrin dilantik sebagai Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Pematuhan di bawah Unit II (Selangor) Zon Tengah, Negeri Selangor.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan