Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,807

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Downy Malaysia Perjelas Dakwaan Produk Ada Unsur Babi

5:36pm 21/11/2015 Pak Roshan 138 views Isu Semasa,Mutakhir

passion-jpg-2-size-3

JENAMA pelembut pakaian, Downy Malaysia menafikan dakwaan bahawa produknya mengandungi unsur babi seperti yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.

Downy menerusi satu kenyataan di laman Facebook hari ini berkata, formula produk yang dijual di negara ini tidak sama dengan produk yang dikeluarkan di Amerika Syarikat (AS).

image

“Formula produk kami yang dijual di Malaysia tidak sama dengan formula yang digunakan di Amerika Syarikat dan juga dihasilkan di kilang berbeza.

“Maklumat yang dikongsi di laman Facebook lain adalah khusus kepada produk yang dijual di Amerika Syarikat,” tulis kenyataan tersebut.

Pada masa sama, jenama pelembut pakaian ini turut menegaskan pihaknya sentiasa menjaga kehendak pelanggan selain menjamin kualiti produk yang dihasilkan.

“Kami mereka produk dengan mengambil kira keperluan pelanggan di setiap pasaran produk dijual.

“Kami mempunyai beberapa variasi produk untuk memenuhi keperluan yang berbeza di setiap pasaran. Tidak kira di mana produk kami dihasilkan, kami menjamin kualiti yang tinggi bagi semua produk Downy,” tulis mereka.

Baru-baru, satu paparan skrin didakwa dari akaun Downy yang mengakui produk pelembut mereka iaitu ‘Downy Fabric Softeners’ mengandungi lemak lembu dan kemungkinan terdapat unsur lemak babi, tersebar di laman sosial.

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi satu kenyataan melalui Bahagian Hab Halal memaklumkan  produk pelembut pakaian Downy tidak pernah membuat permohonan bagi mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia.

– MYNEWSHUB.CC

2

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan