Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Doris Jones tak layak diterima di negara ini: KJ

Khairy Jamaluddin. - foto Alex Mairin
Khairy Jamaluddin. – foto Alex Mairin

TAWAU – Doris Jones yang melancarkan gerakan menghasut penduduk Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia (SSKM) tidak boleh diterima di negara ini dan tindakan individu itu merupakan kesalahan besar mengikut pindaan Akta Hasutan 1948.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, gerakan untuk menghasut rakyat negeri ini dan Sarawak keluar dari Persekutuan walaupun tidak secara terus, tetap dianggap bersalah disisi undang-undang negara.

“Saya berpegang kepada kenyataan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan UMNO lalu yang telah mencadang pindaan akta tersebut dan orang yang menghasut seperti ini tak boleh diterima,” katanya kepada pemberita melancarkan Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) di  Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau, di sini semalam.

Sehubungan itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mahu golongan muda berusaha mengekalkan keamanan dan perpaduan yang dinikmati kini dan tidak mudah terpengaruh dengan pihak yang mahu menghancurkan negara.

Katanya, negara telah dibina sejak 1963 dan generasi kini tidak berada ketika zaman perjuangan pembentukan negara serta tidak merasai pengorbanan yang telah dilakukan oleh pengasas negara dan pasukan keselamatan.

“Jadi jangan senang-senang saja terlibat dalam kegiatan yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum, sekaligus menghancurkan negara,” jelasnya lagi. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan