Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Doping: ISN sedia bincang dengan Chong Wei

IMG_20150101_224527

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Pintu Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa terbuka kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei (gambar) untuk berbincang mengenai apa saja perkara berkaitan isu doping yang dihadapinya.
Jaminan itu diberi Ketua Pegawai Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, sambil berkata pihaknya sentiasa memberi bantuan kepada atlet negara itu dan mengakui memahami apa yang sedang dialami Chong Wei pada saat ini.
“Saya hairan (dengan kenyataan Chong Wei). Yang pasti, saya faham dalam keadaan begini, perasaan sesiapa pun akan bergolak.
“Kami masih boleh diakses. Dia (Chong Wei) pun ada nombor telefon saya. Kalau perlu kita berbincang atau apa-apa kemusykilan, kerunsingan atau perasaan negatif, kita boleh bincang,” katanya ketika ditemui pemberita pada program atlet prihatin di Majlis Sukan Negara (MSN), di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Chong Wei yang membangkitkan rasa tidak puas hati dengan prosedur ISN terhadap program pemulihan atlet khususnya membabitkan aspek doping.
Berhubung proses pendengaran isu doping Chong Wei yang dijangka bulan ini, Dr Ramlan berkata ISN sentiasa memberi kerjasama bagi memastikan perkara itu berjalan lancar dan mendapat penyelesaian terbaik kepada jaguh badminton negara itu.
Beliau berkata pelbagai pihak termasuk orang perseorangan telah memberi kerjasama sepenuhnya terutama dalam menyediakan fakta dan maklumat berhubung isu tersebut.
Ditanya jika ISN dipersalahkan, Dr Ramlan berkata: “Bukan fungsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk timbulkan kecuaian terhadap ISN. Tetapi itu satu perkara yang akan saya pertahankan.
“Namun saya yakin, BWF akan melihat secara keseluruhan fakta kes ini sebelum membuat keputusan,” katanya sambil berharap keputusan terbaik dapat diperoleh demi masa depan Chong Wei dan sukan badminton negara. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan