Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Donald Trump sangkut dalam lif

trumph

Colorado: Jabatan Bomba Colorado Springs berkata semalam, calon pilihan raya presiden parti Republikan, Donald Trump terpaksa diselamatkan dari sebuah lif yang tersangkut antara tingkat pertama dan kedua sebuah resort.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya, jabatan itu berkata, ia menerima panggilan untuk menyelamatkan 10 orang, termasuk Trump yang terperangkap dalam lif itu di resort The Mining Exchange.

Menurut jabatan itu, anggotanya terpaksa membuka penutup di atas lif berkenaan dan menurunkan tangga ke dalamnya. Trump dan mangsa lain keluar dari lif itu dengan memanjat tangga berkenaan ke tingkat dua.

Tiada siapa cedera dalam kejadian berkenaan.

Pasukan kempen Trump mengesahkan kejadian itu, tetapi tidak memberi butir lanjut. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan