Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,667

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Donald Trump Gesa Larang Umat Islam Jejak Kaki Ke Amerika Syarikat

10:41am 08/12/2015 Pak Roshan 628 views Global

bodoh

CALON pemimpin Parti Demokrat Amerika Syarikat, Donald Trump semalam sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan melarang umat Islam dari menjejakkan kaki ke AS bagi tujuan keselamatan rakyat dan negara berkenaan.

Kenyataan yang tidak berprikemanusiaan itu disuarakannya bagi membolehkan negara berkenaan mengenal pasti punca sebenar keganasan yang berlaku di negara itu.

Menerusi laporan yang disiarkan oleh saluran berita antarabangsa, CNN, rata-rata rakyat AS yang menyokong beliau juga menyatakan sokongan mereka untuk melarang umat Islam dari memasuki negara berkenaan.

Isu ini disuarakan akibat dari insiden tembak menembak yang berlaku baru-baru ini di San Bernardino, California yang mengorbankan 14 nyawa. Walaubagaimanapun, suspek yang dikatakan terlibat sebagai dalang insiden itu telah ditembak mati oleh pihak polis di sana. – Sumber: Agensi/MYNEWSHUBCC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan