Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dompok serah watikah pelantikan kepada Pope Francis

7:55pm 10/06/2016 Pak Roshan 872 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional
DUTA Besar Malaysia ke Holy See, Tan Sri Bernard Dompok menyampaikan watikah pelantikannya kepada Pope Francis di Vatican City. - Foto BERNAMA

DUTA Besar Malaysia ke Holy See, Tan Sri Bernard Dompok menyampaikan watikah pelantikannya kepada Pope Francis di Vatican City. – Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Duta Besar Malaysia ke Holy See, Tan Sri Bernard Dompok menyampaikan watikah pelantikannya kepada Pope Francis di Vatican City.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, Dompok merupakan Duta Tetap Malaysia pertama ke Holy See dan duta tetap ke-83 yang ditauliahkan ke Holy See.

Dompok juga ditauliahkan ke Albania dan Malta, kata kenyataan itu.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Holy See secara rasminya diwujudkan pada 27 Julai 2011 dan Malaysia merupakan negara ke-179 mewujudkan hubungan diplomatik dengan Holy See.

Kementerian Luar berkata kewujudan hubungan diplomatik itu seterusnya meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Holy See khususnya dalam mempromosikan keamanan global, persefahaman dan kesederhanaan antara agama melalui dialog antara agama dan pendidikan.

Sebelum dilantik sebagai duta, Dompok merupakan seorang ahli politik dan telah berkhidmat di beberapa portfolio kementerian penting di kedua-dua peringkat negeri dan juga persekutuan.

Dompok jug merupakan bekas Ketua Menteri Sabah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Beliau juga aktif menyertai aktiviti badan bukan kerajaan.

Dompok turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Pusat Latihan Belia Montfort di Sabah, Penasihat kepada Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia, Pengasas dan Penasihat Institut Kemajuan Ekonomi Anak Negeri Sabah (Indep) dan Yayasan Pendidikan Indep, Pengerusi Penasihat Kolej Komuniti Penampang dan Pengerusi Amanah Pemuliharaan Borneo. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan