Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dokumen Bubar DUN Sabah Diserahkan Kepada SPR Isnin Ini

TAWAU – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali akan menyerahkan notis rasmi pembubaran DUN Sabah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri pada Isnin ini.

Syed Abas berkata Setiausaha DUN dijangka menyerahkan dokumen itu di Pejabat SPR di Kota Kinabalu antara 2 dan 2.30 petang.

“Saya telah menerima dokumen pembubaran yang diperkenankan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada pukul 4 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya penyerahan dokumen itu bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan peringkat Parlimen.

Pembubaran DUN Sabah yang berkuat kuasa esok diumumkan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu pada 3 petang tadi.

Sabah mempunyai 60 kerusi DUN dan 25 kerusi parlimen. -BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan