Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Doktor Liberia maut akibat Ebola

doktor

MONROVIA – Seorang doktor di Liberia yang dijangkiti wabak Ebola meninggal dunia walaupun dia diberi satu ubat yang masih dalam proses eksperimen untuk menentang virus penyakit berkenaan, kata Kementerian Penerangan Liberia dalam satu kenyataan kelmarin.

Doktor berkenaan, Abraham Borbor antara pegawai perubatan merawat mangsa Ebola di Liberia sebelum dia dijangkiti virus maut berkenaan.

Kematian Borbor mungkin menyebabkan keberkesanan sejenis ubat yang dikenali ZMapp diragui walaupun ia dilaporkan berjaya menyembuhkan dua pekerja bantuan dari Amerika Syarikat (AS) yang diisytiharkan bebas virus berkenaan pada minggu lalu selepas menjalani rawatan yang sama.

Penduduk di Guinea, Sierra Leone dan Liberia kini terdesak untuk mendapatkan penawar wabak maut yang paling berbahaya apabila menyebabkan seramai 1,427 orang maut sejak Mac lalu.

Bagaimanapun, pengeluar ZMapp berkata, mereka memerlukan masa untuk meningkatkan stok ubat berkenaan.

Para saintis juga sebelum ini memberitahu bahawa terlalu awal untuk mengesahkan perubatan berkenaan yang hanya diuji ke atas haiwan di makmal tetapi tidak pada manusia.

Wabak berkenaan juga meragut banyak nyawa pekerja perubatan yang sering bekerja tanpa rehat dalam situasi sukar dan dengan peralatan usang serta kekurangan peralatan perlindungan yang sempurna.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hampir 100 pekerja perubatan telah meninggal dunia akibat Ebola termasuk seorang doktor dari Sierra Leone, Sheik Umar Khan yang dianggap sebagai wira di negaranya kerana mengetuai pasukan perubatan menentang virus berkenaan.

Antara simptom wabak berkenaan termasuk demam panas mengejut, sakit tekak dan diikuti pendarahan organ dalaman yang boleh membawa maut.

Penawar untuk virus Ebola yang disebarkan melalui darah dan cecair badan yang lain masih belum ditemui. – Reuters

Komen


Berita Berkaitan