Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Doktor kena belasah selepas isytihar pesakit mati

9:33am 10/01/2016 Pak Roshan 1203 views Global
POLIS menyoal siasat Wu yang cedera parah.

POLIS menyoal siasat Wu yang cedera parah.

Beijing (China): Seorang doktor yang baru cuba menyelamatkan nyawa seorang pesakit cedera parah selepas diserang suami pesakit berkenaan yang mendakwa isterinya mati kerana doktor berkenaan itu tiba lewat.

Menurut polis, Wu Jianqiang, 28, yang kini dirawat di sebuah hospital di sini menerima panggilan kecemasan daripada keluarga pesakit pagi kelmarin.

Bersama-dama dengan seorang jururawat dan dua petugas ambulans, dia tiba di rumah mangsa sembilan minit kemudian.

Selepas memeriksa wanita itu dan melakukan CPR, pesakit tidak menujukkan sebarang tanda masih hidup.

Sebaik mengesahkan wanita itu mati, keluarga pesakit memaki hamun Wu dengan seorang daripada mereka memukulnya.

Mereka mengejar doktor berkenaan sambil mengancam memotong tangannya.

Wu jatuh ketika berlari untuk menyelamatkan diri, menyebabkan dua anggota keluarga wanita itu memukulnya lagi.

Menurut polis, suami wanita itu, Hu, dan jiran mereka, Shi, mengaku melakukan jenayah itu.

Hu dibebaskan sementara untuk membolehkan dia menguruskan mayat isterinya sementara Shi ditahan untuk didakwa.

Berita mengenai kejadian itu yang tersebar di laman sosial di China mengundang kritikan terhadap keluarga pesakit.

Seorang pengguna menulis: “Doktor itu tiba enam minit selepas menerima panggilan. Dia dipukul dengan teruk.

“Bayangkan jika dia tiba 10 minit. Mungkin kulitnya disiat.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan