Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Doktor Keluarkan Spanar Dari Tekak Pesakit!

10:45am 25/06/2016 Pak Roshan 424 views Global
spanar

SEKUMPULAN doktor berusaha mengeluarkan spana dari tekak pesakit.

BAGHDAD – Satu rakaman video mengerikan menunjukkan detik-detik sekumpulan doktor pakar di sini berusaha mengeluarkan sebatang spanar dari dalam tekak seorang lelaki kini tersebar.

Video berkenaan dipercayai dirakam di sebuah hospital di Iraq pada 2009, tetapi mula viral di laman sosial baru-baru ini.

Rakaman itu menunjukkan sekumpulan doktor berdiri mengelilingi seorang lelaki yang terbaring di atas meja bedah.

Seorang doktor dilihat menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan sesuatu dari dalam mulut pesakit berkenaan.

Doktor itu dibantu rakannya dengan berhati-hati cuba mengeluarkan objek dalam mulut pesakit berkenaan yang kelihatan tidak sedarkan diri.

Selepas beberapa kali mencuba akhirnya doktor itu berjaya mengeluarkan sebatang spanar sepanjang hampir 30 sentimeter dari mulut pesakit berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengapa lelaki itu menelan spanar berkenaan, tetapi dia dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius. – Agensi/myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan