Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Doktor Didenda RM1,800 Kerana Mabuk Ketika Memandu

doktor

KUALA LUMPUR: Gara-gara memandu dibawah pengaruh alkohol seorang doktor di sebuah hospital hari ini didenda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Amal Razim Alias menjatuhkan hukuman itu ke atas Dr Julian Tan Li Kwang, 28, setelah dia mengaku bersalah memandu kereta jenis BMW dibawah pengaruh alkohol sebanyak 102mg dalam 100ml darah iaitu lebih 22mg alkohol daripada had yang ditetapkan iaitu 80mg alkohol dalam 100ml darah.

Dr Tan dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika memandu dari arah jalan Klang Lama menghala Jalan Syed Putra pada pukul 3.50 pagi, Ahad lepas.

 

Dia didakwa mengikut seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM6,000 dan penjara maksimum 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan.

Ketika rayuan, Dr Tan yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya kerana dia seorang doktor perubatan.

 

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Inspektor Hashimah Hashim menempelaknya dengan berkata sebagai seorang doktor dia sepatutnya lebih tahu tentang kesan memandu di bawah pengaruh alkohol dan memohon mahkamah memberi hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Sementara itu di Mahkamah Majistret yang sama dua remaja yang menunggang motosikal ala “Superman” dihukum penjara sehari dan denda RM5,000 atau dua bulan penjara selepas mengaku bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya.

Amal Razim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Hosnol Yusuf Harun dan Kamaruddin Ismail, masing-masing berumur 19 tahun.

Mohamad Hosnol didakwa melakukan kesalahan itu di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada pukul 1.15 pagi, semalam manakala Kamaruddin di lebuhraya yang sama pada pukul 3.20 pagi, Sabtu lepas.

Kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 42(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333) yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun dan lesen percubaan dibatalkan.

Mengikut fakta kes Mohamad Hosnol dan Kamaruddin ditahan dalam operasi ops samseng jalan raya dan cegah lumba haram.

Ketika rayuan, Mohamad Hosnol, seorang penghantar pizza memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana perlu menyara adiknya dan Kamaruddin yang merupakan pelajar kolej turut membuat permohonan yang sama.

Komen


Berita Berkaitan