Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Doa Untuk Kinabalu’, penghormatan era fm sabah buat tragedi gempa ranau

2:52pm 06/06/2016 Leolerry Lajius 30 views Hiburan,Tempatan

KOTA KINABALU: Tanggal 5 Jun 2016, genap setahun berlakunya kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah.

Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter meragut nyawa seramai 19 orang pendaki gunung Kinabalu ketika melaksanakan misi pendakian mereka.
Sempena memperingati peristiwa tragis ini, penyampai ERA Sabah telah menghasilkan sebuah lagu penghormatan berjudul ‘Doa Untuk Kinabalu’.

Lagu ini merupakan hasil karya Aegy dan Aye dan dinyanyikan oleh anak-anak seni kelahiran Sabah seperti Faizul AF, Aefy, Aye, Jonathan Tse, Joanna, Rachel AF, dan artis-artis di bawah naungan Nuborn Music (Sky, Ryan, Roy dan Ezani) bagi memperingati mereka yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
‘Doa Untuk Kinabalu’ juga diharapkan dapat menerapkan tanda prihatin dikalangan masyarakat dan generasi baru mengenai kejadian ngeri ini.

Sebagai mengenang tragedi ini dalam lipatan sejarah, ‘Doa Untuk Kinabalu’ bakal diperdengarkan secara eksklusif di ERA fm Sabah pada 6 Jun , 8.30 malam ini./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan