Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Diupah RM5,000 edar dadah

keldaidadah

KUALA LUMPUR: Seorang ‘keldai’ dadah wanita warga Filipina mendakwa hanya dibayar upah RM5,000 setiap kali menyeludup dadah syabu ke beberapa negara Asia.
Suspek berusia 39 tahun itu bagaimanapun ditahan polis jam 7.35 pagi kelmarin, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari New Delhi, India.
Hasil pemeriksaan dilakukan, polis menemui 3.1 kilogram (kg) syabu bernilai RM620,000 disembunyikan suspek di bawah timbunan baju di dalam bagasi dibawa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya merampas pelbagai mata wang asing seperti Dolar Amerika, Rupee India, Peso Filipina dan Bath Thailand termasuk mata wang Malaysia dari suspek.
Menurutnya, wanita itu dipercayai diupah sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan pertama kali menyeludup dadah ke negara ini.
“Suspek yang disoal siasat mendakwa diberi upah RM5,000 bagi setiap misi dilakukan.
“Kejayaan menahan suspek adalah hasil perkongsian maklumat antara JSJN dan pihak penguatkuasa narkotik antarabangsa,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.
Beliau berkata, suspek kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Noor Rashid berkata, 47 kes membabitkan 52 tangkapan ‘keldai’ dadah dipatahkan di KLIA sepanjang tahun lalu.

Komen


Berita Berkaitan