Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ditikam gara-gara berebut tempat tidur di Kuarters Kandang Kuda

5:23pm 27/05/2016 Leolerry Lajius 664 views Jenayah,Tempatan
Chandra menunjukkan pisau yang digunakan oleh suspek dalam kejadian berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Chandra menunjukkan pisau yang digunakan oleh suspek dalam kejadian berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas ditikam oleh seorang wanita gara-gara berebut tempat tidur dalam kejadian yang berlaku di tepi Kuarters Kandang Kuda Tanjung Aru, di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, kejadian tersebut berlaku kerana suspek dan mangsa berebut tempat tidur di kawasan kandang berkenaan di mana suspek bertindak menikam mangsa setelah mendapati mangsa berada di tempat berkenaan.

“Suspek dan mangsa juga didapati kedua-dua mereka berada dalam keadaan tidak stabil iaitu kedua-duanya seringkali menghidu gam dikawasan tersebut.”

“Hasil siasatan lanjut mendapati, saspek telah menikam mangsa dari arah belakang dengan menggunakan sebilah pisau dan tikaman tersebut mengenai belakang mangsa,”katanya ketika sidang media di IPD Kota Kinabalu, hari ini.

Selepas mendapat laporan mengenai kejadian tersebut, pihak polis telah menangkap suspek di kawasan kejadian dan turut merampas sebilah pisau berukuran 14.5 cm bewarna perak.

Mangsa kini dalam keadaan stabil dan di pindahkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (Wad C17) Kota Kinabalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan