Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ditembak ketika bermain Pokemon Go

Calvin Riley ditembak ketika bemain Pokemon Go di Aquatic Park dekat Dataran Ghiradelli, San Francisco. - Foto Agensi
Calvin Riley ditembak ketika bemain Pokemon Go di Aquatic Park dekat Dataran Ghiradelli, San Francisco. – Foto Agensi

San Francisco: Tanpa sebab diketahui, seorang lelaki berusia 20 tahun ditembak mati ketika bermain Pokemon Go di kawasan pelancongan San Francisco, Sabtu lalu.

Calvin Riley ditembak malam Sabtu lalu, oleh penyerang tidak dikenali di Aquatic Park dekat Dataran Ghiradelli dan menurut anggota keluarganya, John Kirby, mangsa sedang bermain Pokemon Go ketika itu.

“Apa yang kami tahu tiada sebarang perbalahan, tiada berbalas cakap. Ia tak masuk akal, penyerang datang dan menembaknya dari belakang sebelum berlari pergi,” katanya.

Menurutnya, Riley dan rakannya menyedari seseorang memerhatikan mereka dari puncak bukit dan menurut jurucakap polis, Sarjan Robert Jansing, penyerang tidak mengambil barang milik mangsa atau cuba merompaknya.

Pihak berkuasa sedang berusaha memastikan motif serangan, termasuk kemungkinan berebutkan karektor ‘monster’ yang perlu ditangkap dalam permainan itu. Ketika kejadian ramai pemain berada di kawasan berkenaan bagi menangkap Pokemon. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan