Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ditelan sebelum sempat makan

9:47am 07/09/2016 Pak Roshan 2614 views Global
LUBANG benam yang terbentuk di dalam bilik mangsa. - MailOnline

LUBANG benam yang terbentuk di dalam bilik mangsa. – MailOnline

Beijing: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas ‘ditelan’ lantai bilik tidurnya minggu lalu.

Dalam kejadian di Xi’an, wilayah Shaanxi itu, mangsa yang tidak dinamakan itu mahu makan di bilik tidurnya apabila tiba-tiba lubang benam sedalam tiga meter dan seluas 5.9 meter persegi terbentuk menyebabkannya terjerlus ke dalamnya, lapor People’s Daily Online.

Akibatnya, mangsa setinggi 1.8 meter itu terpaksa mendapat rawatan di hospital selepas pinggangnya luka akibat ditusuk jubin lantai berkenaan.

Pemilik rumah yang juga bapa saudara mangsa, Du, berkata, dia terkejut mendapat panggilan telefon daripada adik perempuannya pada jam 6 petang, 1 September lalu memaklumkan kejadian itu.

Sementara itu, adiknya pula berkata: “Saya orang pertama melihatnya begitu. Ketika memasuki biliknya saya keliru kerana tidak nampak sesiapa.

“Siapa sangka dia terjatuh ke dalam lubang? Saya terpaksa memasukkan tangga ke dalam lubang itu dan menariknya keluar.

“Anak saudara mengalami luka teruk pada pinggangnya termasuk satu yang hampir sedalam tiga inci.”

Sementara itu, Du berkata, mereka mengalami masalah talian paip bocor di bawah rumah.

Kejadian itu mengundang pelbagai ulasan di laman media sosial Weibo termasuk seorang yang berkata: “Mujur dia tinggi. Jika dia cuma 157 meter, sudah pasti dia tidak terselamat.” – Agensi/HMetro

LELAKI tidak dinamakan itu mengalami luka teruk pada pinggangnya. - MailOnline prevnext

LELAKI tidak dinamakan itu mengalami luka teruk pada pinggangnya. – MailOnline prevnext

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan