Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ditahan cuba seludup daging harimau

10:03am 13/11/2015 Pak Roshan 53 views Global
SEORANG anggota polis menunjukkan anggota badan harimau termasuk kulit dan organ dalaman yang dirampas dalam satu sekatan jalan raya semalam.

SEORANG anggota polis menunjukkan anggota badan harimau termasuk kulit dan organ dalaman yang dirampas dalam satu sekatan jalan raya semalam.

Bangkok: Pihak berkuasa Thailand semalam menahan dua lelaki yang cuba menyeludup masuk daging harimau untuk dijadikan hidangan di restoran di bandar ini.

Dua lelaki itu ditahan dalam sebuah kereta ketika pemeriksaan di daerah Mae Sot di wilayah Tak, berhampiran sempadan Myanmar.

Ketika pemeriksaan polis menemui daging harimau dan beberapa organ haiwan itu yang diletakkan di dalam bekas ais.

Kedua-dua suspek mengaku dibayar untuk membawa daging harimau berkenaan dari Myanmar ke sebuah restoran di Bangkok.

Jurucakap polis berkata, pihaknya mengesan individu yang mengupah suspek berkenaan dan lokasi restoran yang memesan daging haiwan berkenaan.

Pihak berkuasa menyiasat di mana haiwan itu dibunuh kerana terdapat beberapa taman perlindungan haiwan di kawasan sempadan.

Harimau sering diburu dan dijadikan hidangan eksotik yang mewah di restoran di Thailand, kononnya kerana mempunyai pelbagai khasiat. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan