Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Disyaki lemas selepas tergelincir

MAYAT mangsa yang ditemui terapung di bawah rumah atas air oleh penduduk kampung di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu.
MAYAT mangsa yang ditemui terapung di bawah rumah atas air oleh penduduk kampung di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu: Mayat lelaki yang dipercayai lemas ditemui oleh sekumpulan penduduk kampung di bawah rumah atas air Kampung Tanjung Aru Baru, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.10 pagi itu, mangsa Zainuddin Abdullah, 54, ditemui dalam keadaan tertiarap dan terapung di tempat kejadian sebelum penduduk kampung bergegas menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu.

“Kita menerima maklumat daripada seorang pengadu yang mendakwa terjumpa mayat lelaki dalam keadaan tertiarap dan terapung di bawah rumah atas air yang dihuninya.

“Mayat mangsa sudah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut dan berdasarkan siasatan awal, mangsa yang juga penduduk kampung itu disyaki tergelincir lalu terjatuh ke dalam laut sebelum ditemui lemas oleh pengadu,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan