Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Disko rimba cemari Ramadan

diskorimba

SEGAMAT – Di saat umat Islam lain sibuk menunaikan solat tarawih dan beribadah di bulan Ramadhan ini, lain pula halnya buat segelintir masyarakat yang leka berjoget di sebuah kedai makan yang dikenali sebagai ‘disco rimba’, di sini.

Keadaan itu mencetuskan suasana kurang menyenangkan kerana terletak berhampiran kawasan perumahan, menyebabkan penduduk membuat beberapa aduan terhadap premis terletak di tepi laluan Lebuh raya Segamat-Kuantan ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, bertindak daripada aduan tersebut, satu serbuan dilakukan awal pagi kelmarin oleh beberapa anggota Cawangan Narkotik dan Cawangan Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

“Dalam serbuan kira-kira jam 1.50 pagi itu, kami menyerbu dan membuat pemeriksaan terhadap premis berkenaan dan ketika itu beberapa pengunjung leka berjoget dengan alunan muzik dipasang kuat.

“Polis juga telah membuat pemeriksaan terhadap pemilik premis dan daripada pemeriksaan itu, kami mendapati kedai tersebut beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah,” katanya.

Menurutnya, pemilik premis berkenaan dan seorang wanita yang bertugas sebagai deejay telah ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor.

Selain itu, seramai 16 lelaki dan dua perempuan ditahan bagi menjalani ujian saringan air kencing sebelum kesemua mereka dibebaskan selepas keputusan ujian negatif.

“Turut dirampas peralatan elektronik serta pembesar suara yang digunakan dalam kegiatan tersebut. Orang ramai khasnya orang Islam supaya tidak mengunjungi tempat tersebut bagi menghormati bulan mulia ini,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan