Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Disiplin tinggi membawa kejayaan

10:12pm 13/02/2016 Ann Vivien 25 views Sukan,Tempatan
Ellron menyampaikan baju T kepada Ketua Kontinjen Zon Pegalan Bajib Basukup.

Ellron menyampaikan baju T kepada Ketua Kontinjen Zon Pegalan Bajib Basukup.

KENINGAU: Disiplin yang tinggi dikalangan atlit dalam menjalani sebarang latihan sebelum bertanding antara faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan seseorang yang menceburkan diri dalam bidang sukan termasuk sukan olahraga.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Alfred Angin, berkata berdasarkan pengalaman sebagai bekas atlit suatu ketika dahulu membuktikan bahawa melalui latihan yang bersungguh-sungguh serta semangat disiplin yang tinggi membawa kepada kejayaan diperingkat yang lebih tinggi.

” Sebagai seorang ahli sukan, tentu sekali memerlukan kecergasan yang berterusan dan amalan gaya hidup sihat itu adalah menjadi keutamaan dengan menyertai latihan dan juga membuat latihan kendiri dimana sahaja berada tanpa mengira waktu pertandingan tetapi menjadi amalan agar sentiasa bersedia dalam apa juga jenis pertandingan kelak” katanya ketika berucap dimajlis suai kenal serta penyerahan baju – T kepada jurulatih dan pegawai kontigen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSS) Zon Pegalan di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau II, dekat sini pada Sabtu.

Pada masa sama Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, menggesa atlit agar sentiasa mematuhi  peraturan serta arahan semasa daripada jurulatih yang dilantik, bagi mengelakkan sebarang kemalangan serta kecederaan semasa latihan juga semasa dalam pertandingan kelak.

“ Sebagai atlit kita juga perlu sentiasa patuh dan mendengar dengan teliti skema latihan yang diberikan bagi mengelakkan sebarang jenis kecederaan kepada atlit dan ini sudah tentu merugikan diri atlit dan juga pasukan  jika berlaku kemalangan” katanya. Seramai 30 orang atlit dari 10 buah sekolah terlibat menjalani latihan pusat sebagai persiapan dalam kejohanan olahraga dan balapan peringkat Daerah pada 17-20 Febuari  2016, di kompleks sukan Keningau.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan