Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Disiasat selepas bergurau mahu jual anak di Facebook

11:11am 21/03/2016 Pak Roshan 331 views Global
GAMBAR di Facebook ini menunjukkan dua kanak-kanak yang diikat tangan dan ditutup mulut dengan pita pelekat.

GAMBAR di Facebook ini menunjukkan dua kanak-kanak yang diikat tangan dan ditutup mulut dengan pita pelekat.

Memphis (Amerika Syarikat): Seorang wanita disiasat polis kerana bergurau dengan memuat naik gambar dua anaknya yang diikat tangan dan ditutup mulut dengan pita pelekat di Facebook.

Wanita itu dikenali sebagai Jaton Justsilly Jaibabi turut meletakkan keterangan “Kanak-kanak untuk dijual. Potongan harga 45 peratus kerana mereka nakal.”

Gambar itu dimuat naik di laman Facebook wanita berkenaan pada Jumaat lalu dan mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial.

Pihak berkuasa dan polis dilaporkan membuka kertas siasatan selepas gambar berkenaan diserahkan kepada mereka.

Jabatan polis Memphis mengesahkan menerima gambar berkenaan dan mereka segera membuka kertas siasatan.

Jabatan Perkhidmatan Kanak-Kanak Tennessee juga mengesahkan mereka mengumpul maklumat sebelum menyiasat keluarga berkenaan.

Ramai pengguna laman sosial di Amerika Syarikat (AS) berasa terganggu dengan gambar kanak-kanak berkenaan dan mendesak pihak berkuasa menyelamatkan mereka.

Sementara itu, sepupu Jaton memberitahu, wanita itu sebenarnya bergurau dan kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat.

Derion King dalam laman Facebooknya berkata, mereka semua menyayangi kanak-kanak berkenaan dan tidak pernah berniat mencederakan mereka.

“Kami hanya bergurau dan anda tidak boleh menghakimi seseorang berdasarkan satu kejadian ini sahaja,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan