Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Diserang samseng wanita

wanita samseng

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dibelasah teruk di khalayak ramai oleh sekumpulan samseng wanita gara-gara mangsa dituduh mempunyai hubungan sulit dengan suami seorang daripada suspek.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, mangsa yang berusia 17 tahun dipukul di sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, di sini.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang berjalan bersendirian sebelum dihampiri sekumpulan wanita berusia awal 20-an.

Menurutnya, kumpulan wanita itu kemudian terus memukul mangsa secara mendadak menyebabkan berlaku pergelutan.

“Bagaimanapun mangsa tewas ketika bergelut berikutan jumlah wanita yang menyerangnya terlalu ramai.

“Kumpulan wanita itu menyerang mangsa selepas mendakwa kononnya remaja terbabit mengganggu suami salah seorang suspek,” katanya.

Dia berkata, suspek memberitahu tidak berpuas hati dengan tindak tanduk mangsa yang didakwa cuba merosakkan hubungan rumahtangga.

“Mangsa yang terkejut menafikan perkara itu namun tidak diendahkan suspek yang terus memukulnya selama beberapa minit

“Malah, penyerang turut merampas beg tangan dan telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan mangsa lebam di muka dan badan akibat ditumbuk dan dicakar.

Mangsa yang kerugian kira-kira RM2,000 kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.

Komen


Berita Berkaitan