Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Diserang ketika beratur hendak makan

Foto Agensi
Foto Agensi

Xi’an (China): Sembilan orang, termasuk tujuh kanak-kanak cedera dalam serangan dengan kapak.

Agensi berita Xinhua melaporkan kejadian itu berlaku di Hanzhong yang terletak di baratlaut Wilayah Shaanxi, hari ini.

Penyerang, Lei Mingyue, 58, sudah ditahan selepas dikatakan menyerang murid dengan kapak pada kejadian 11.40 pagi.

Serangan itu dilakukan selepas tamat waktu belajar di Daerah Hantai, bandar Hanzhong.

Polis berkata, semua murid daripada Beiguan Primary School ketika itu sedang berbaris untuk makan tengah hari.

Dua orang yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan turut diserang.

Kesemua mereka yang cedera dirawat di hospital.

Lei yang juga penduduk tempatan dikatakan memberitahu polis serangan dilakukan kerana ‘dendam terhadap masyarakat’ berikutan dua penahanannya kerana mencuri Beijing dan Shaanxi.

Komen


Berita Berkaitan