Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Diserang harimau di tengah pasar

10:12am 23/11/2016 Pak Roshan 1280 views Global
BUDAK perempuan itu diserang selepas datang terlalu dekat dengan haiwan berkenaan. - DM

BUDAK perempuan itu diserang selepas datang terlalu dekat dengan haiwan berkenaan. – DM

Riyadh: Rakaman video ngeri menunjukkan saat seorang kanak-kanak perempuan dibaham harimau yang dibawa berjalan-jalan oleh tuannya di sebuah pasar di Arab Saudi.

Rakaman itu menunjukkan haiwan buas berkenaan dibawa bersiar-siar di kawasan awam di barat laut negara itu hanya beberapa meter dari orang ramai yang membeli-belah.

Kanak-kanak dapat dilihat melarikan diri ketika haiwan itu ditunjukkan kepada semua orang.

Malangnya, beberapa minit kemudian seorang budak perempuan berusia kira-kira enam tahun datang terlalu dekat dengan harimau itu menyebabkan haiwan berkenaan mencakar dan menimpanya.

Kanak-kanak itu menjerit sekuat hati dan pemilik haiwan itu terus bertindak menarik harimau terbabit dari mangsa.

Rakaman berakhir di situ, tetapi saksi mendakwa kanak-kanak itu sempat diselamatkan sebelum dicederakan lebih teruk.

Bagaimanapun, pengguna media sosial menyuarakan kemarahan terhadap kejadian itu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, golongan muda di beberapa negara Asia Barat gemar membela binatang buas sebagai haiwan peliharaan eksotik.

Pihak berkuasa Majlis Kerjasama Teluk kerap memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahaya memelihara haiwan seperti itu di kediaman mereka.

Namun amalan itu dilihat sebagai simbol status, malah haiwan berkenaan juga boleh diiklankan dan dibeli dengan mudah melalui Internet. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan