Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Disangka lemas, rupa-rupanya bersembunyi

ANGGOTA bomba menemui semula seorang pemuda yang dikhuatiri lemas di Pulau Manukad, Papar. – Foto ihsan Bomba

 

PAPAR: Seorang pemuda yang disangka lemas selepas terjun ke sungai rupa-rupanya ‘bersembunyi’ di Pulau Manukad, Papar, kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang, awal pagi tadi.

Nurharidzuan Muhammad, 25, sebelum ini dikatakan terjun ke dalam sungai Kinarut di Kampung Seri Menanti di sini, dan tidak timbul selepas itu menyebabkan bomba menghantar sepasukan anggota bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Janil Jaya, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan ada orang lemas, pada jam 3.40 pagi tadi.

Katanya, seramai 15 anggota penyelamat, termasuk Unit Skuba dikerah ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat.

“Pada jam 11.30 pagi tadi, orang awam memaklumkan menemui lelaki terbabit di Pulau Manukad, Papar, kira-kira dua kilometer dari mangsa dikatakan terjun.

“Lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada polis dan seterusnya dibawa ke Hospital Papar untuk rawatan,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian air surut pada paras pinggang dan lelaki terbabit dipercayai berenang dari lokasi dia dilaporkan terjun ke pulau berkenaan.

Janil berkata, selepas ditemui selamat, lelaki itu mendakwa dia dikejar oleh sebuah motosikal menyebabkan dia lari sehingga ke Pulau Manukad.

“Sebaik mangsa ditemui, operasi menyelamat dihentikan serta-merta,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan