Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Disaman RM326 kerana sendawa

9:35am 25/02/2016 Pak Roshan 5 views Global
disaman

Edin Mehic

Vienna: Seorang lelaki yang sendawa dengan kuat selepas memakan kebab terkejut apabila disaman AS$77 (RM326) dengan alasan mengganggu ketenangan awam.

Edin Mehic, 27, yang memuat naik saman itu di Facebook berkata, dia berhenti untuk makan di sebuah gerai menjual kebab di sini pada Ahad lalu.

Katanya, dia memakan kebab yang pedas itu dengan cepat dan beberapa saat kemudian dia terus sendawa dengan kuat.

“Tidak lama selepas itu, bahu saya ditepuk dari belakang dan apabila berpaling, seorang anggota polis menghulurkan surat saman kepada saya.

“Saya terkejut apabila mendapati saya disaman sebanyak AS$77 kerana sendawa dengan kuat sehingga mengganggu ketenangan awam,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan