Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Disamakan dengan Hitler

10:51am 29/02/2016 Pak Roshan 7 views Global
trumph

TRUMP

Mexico City: Bekas Presiden Mexico Felipe Calderon menyelar calon parti Republikan untuk pilihan raya presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dengan menyamakannya dengan pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

Calderon yang turut menggelar Trump sebagai rasis juga memberi amaran, kebangkitan Trump dalam pemilihan parti Republikan hanya menyemarakkan perasaan anti-Amerika di seluruh dunia.

Calderon, yang menjadi Presiden Mexico dari 2006 hingga 2012, berkata, retorik antipendatang Trump bukan disasarkan kepada pendatang, sebaliknya kepada semua yang mempunyai ‘warna kulit yang berbeza dengannya.’

“Trump mengeksploitasi kebimbangan sosial, sama dengan yang dilakukan Hitler sebelum ini,” kata bekas presiden itu kepada wartawan selepas satu majlis di Mexico City.

Menurutnya, Trump hanya menjadikan Amerika Syarikat negara yang dibencikan jirannya.

Calon parti Repulikan itu mencetuskan kemarahan Mexico sebelum ini dengan mendakwa negara itu menghantar perogol dan pembunuh ke Amerika Syarikat dan memaksa Mexico membayar kos pembinaan tembok bagi menghalang pendatang.

Seorang lagi bekas presiden Mexico, Vicente Foz (2000-2005) menyifatkan Trump sebagai tidak waras. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan