Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dirantai seperti haiwan

SUMIRAH memegang rantai yang diikat di tangan kiri Medi bagi mengelak kanak-kanak itu lari. - Jawa Pos
SUMIRAH memegang rantai yang diikat di tangan kiri Medi bagi mengelak kanak-kanak itu lari. – Jawa Pos

Tuban, Indonesia: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun ditemui dirantai dalam keadaan bogel oleh keluarganya sendiri di sebuah bilik kecil bersebelahan kandang kambing.

Mei Dias Jati Irawan atau dikenali sebagai Medi itu dipercayai mengalami autisme dan dirantai oleh neneknya sendiri sejak dua tahun lalu di sebuah rumah di Dusun Ngulahan, Tambakboyo dekat sini.

Neneknya, Sumirah berkata, dia terpaksa merantai Medi kerana cucunya terlampau aktif hingga mengganggu jirannya.

“Kalau tidak dirantai dia akan merosakkan semua benda yang ada di sekitarnya termasuk milik jiran,” katanya.

Ujarnya, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa merantai tangan kiri Medi supaya mudah kanak-kanak itu dikawal ketika dibawa ke mana-mana. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan