Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dipukul suami di khalayak ramai

10:20am 27/04/2016 Pak Roshan 31 views Global
LELAKI terbabit memijak isterinya sambil memarahi orang ramai yang cuba menenangkannya.

LELAKI terbabit memijak isterinya sambil memarahi orang ramai yang cuba menenangkannya.

Chengdu: Seorang wanita menjadi mangsa keganasan suaminya apabila dipukul dengan teruk di khalayak ramai di bandar ini, kelmarin.

Menurut laporan, lelaki berkenaan menuduh isterinya curang selepas menemui wanita itu bersiar-siar dengan anak perempuan mereka.

Orang ramai hanya dapat melihat lelaki itu memukul dan memijak isterinya tanpa dapat melakukan apa-apa untuk menghalangnya.

Rakaman video menunjukkan suami itu memaki hamun serta memukul isterinya di tepi jalan tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Si isteri juga dilihat cuba melarikan diri dari suaminya, tetapi dia dikejar dan ditendang berulangkali, sementara anak mereka yang berada berhampiran menangis ketakutan.

Keganasan itu berakhir apabila puluhan pejalan kaki mengerumuni lelaki itu, membolehkan isteri dan anaknya meninggalkan tempat kejadian. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan