Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Diplomat Malaysia kini disiasat Kementerian Pertahanan

hanifah

 

PUTRAJAYA:  Diplomat Malaysia yang disyaki terlibat dalam serangan seksual ke atas seorang wanita New Zealand kini disiasat kesihatan mentalnya oleh Kementerian Pertahanan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pegawai dari Kementerian Pertahanan tersebut boleh didakwa di Mahkamah Tentera.

“Kementerian Pertahanan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa New Zealand untuk lakukan siasatan.

“Kes ini telah dilaporkan berlaku pada 9 Mei lalu. Pegawai ini telah bertugas selama setahun dengan pejabat Pesuruhjaya Tinggi di New Zealand,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang diplomat Malaysia dalam 30-an yang berkhidmat di New Zealand telah ditahan kerana mengekori seorang wanita 21 tahun ke dalam rumah serta melakukan serangan seksual dengan niat merogol.

Berikutan kejadian itu, kerajaan New Zealand menuntut supaya kekebalan diplomatik lelaki terbabit dibatalkan. Diplomat tersebut turut dilaporkan sudah meninggalkan New Zealand dan kembali ke Malaysia.

Komen


Berita Berkaitan