Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Diperkosa kekasih baru dikenali

diperkosa

KUALA TERENGGANU: Terpedaya dengan ayat manis melalui aplikasi WeChat menyebabkan seorang remaja perempuan dirogol bergilir-gilir teman lelaki yang baru dikenali serta tiga lelaki lain di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai di sini, awal Julai lalu.

Mangsa berusia 14 tahun dikatakan baru berkenalan dengan suspek berusia 22 tahun sebelum mengatur temu janji.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pada mulanya mangsa tidak membuat laporan polis kerana bimbang keselamatannya.

“Mangsa akhirnya membuat laporan selepas dirogol buat kali kedua pada 4 Ogos lalu. mangsa enggan mangsa keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang sebelum dibawa ke sebuah rumah.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila terdapat tiga lelaki lain sebelum dirogol bergilir-gilir.

Wan Abd Aziz berkata, mangsa dihantar pulang malam hari sama oleh suspek. “Suspek kemudian cuba untuk menyentuh mangsa namun mangsa merayu supaya dihantar pulang ke rumah. “Mangsa cuba menjerit tetapi suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogol remaja itu,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya itu.

Katanya, suspek tanpa rasa bersalah kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam hari sama

“Pada mulanya mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya. Namun mangsa akhirnya datang ke balai polis untuk membuat laporan selepas dirogol buat kali kedua pada 4 Ogos lalu.

“Susulan laporan itu, polis menahan suspek yang kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad depan.

“Selain itu polis turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan