Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dipenjara lima tahun, disebat kerana memiliki flying feather

7:11pm 08/12/2015 Ann Vivien 212 views Jenayah,Tempatan

penjara

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dipenjara lima tahun mulai dari tarikh tangkap dan disebat satu kali oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki anak panah dan lastik flying feather.

Mohd Irwandi Rahmad, 32, yang mengaku salah di hadapan Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus atas kesalahan memiliki senjata merbahaya tanpa kebenaran sah di sisi undang-undang itu, turut diarah rujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

Kesalahan tersebut dilakukannya pada jam 1.10 pagi pada 24 November 2014 di Jalan Habib Sheikh, Sabindo.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan 2014) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Zakariah Kirinu.-oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan