Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dipenjara 8 tahun, sebat 3 kali kerana rompak berkumpulan

7:51pm 26/01/2016 Ann Vivien 119 views Jenayah,Tempatan

penjara1

TAWAU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun bermula dari tarikh tangkap dan tiga sebatan rotan ke atas seorang lelaki tanpa dokumen kerana merompak dompet milik seorang wanita secara berkumpulan.

Abd Razak Karim, 26, mengaku salah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hamzah atas kesalahan yang dilakukannya bersama dua rakan yang masih bebas di hadapan pagar rumah mangsa, Darmi Talele, 54, di Taman Tawau Lama, Batu 2 ½ Jalan Apas pada jam 4.20 pagi, 15 Januari 2016.

Menurut fakta kes, mangsa dirompak lelaki bertopeng (tertuduh) yang datang tiba-tiba ketika mangsa sedang menutup pintu pagar rumahnya kerana hendak pergi ke pasar untuk berbelanja. Ketika itu, mangsa keluar dari kereta untuk menutup pagar rumah.

Tertuduh mengacukan pisau sepanjang dua inci ke dada mangsa dan mengarahkannya diam sebelum merompak dompet mangsa berisi Mykad dan wang tunai RM800. Tertuduh kemudian melarikan diri bersama dua rakannya menerusi satu lubang pagar di perumahan tersebut.

Abd Razak didakwa mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat, jika sabit kesalahan. Pegawai Pendakwa PDRM, ASP Rozelinna Baharuddin menjalankan pendakwaan.-Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan