Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,659

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dipenjara 5 tahun kerana pisau dalam poket

7:02pm 14/09/2016 Pak Roshan 736 views Jenayah,Mutakhir

berita-mahkamah13

SANDAKAN: Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap seorang lelaki kerana menyimpan pisau dalam poket seluar.

Tertuduh, Janang Lamhari, 32, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Faelly Jeffry Lanjungan.

Mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu daripada tarikh ditangkap pada 2 September lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan yang menjalankan tugas Ops Cegah Jenayah menahan tertuduh di kawasan perumahan Taman Damai, Batu 4, di sini, kira-kira jam 3.30 pagi.

Pemeriksaan ke atas tertuduh menemui sebilah pisau tanpa sarung berukuran 16 sentimeter yang disimpan dalam poket seluar.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Razis Taurati, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.  – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan