Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,683

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dipenjara 12 bulan akibat merosakkan kenderaan

5:09pm 16/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 69 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki hari ini dihukum penjara selama 12 bulan setelah mengaku bersalah atas tuduhan sengaja merosakkan kenderaan milik seorang wanita pada 27 Januari lalu.

Majistret Stephanie Sherron Abbie membuat keputusan itu selepas tertuduh, Nasip Juman, 39 membuat pengakuan tersebut di Mahkamah Majistret hari ini.

Nasip melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Kg. Likas, pada jam 4 petang, 27 Januari lalu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM 500.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dihukum di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang dari tempoh setahun dan tidak melebihi tempoh lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, tertuduh memecahkan cermin tingkap dan mematahkan cermin sisi kereta pengadu apabila tertuduh gagal untuk mengejar pengadu.

Dalam mitigasi, tertuduh memohon agar mahkamah mengenakan hukuman ringan kepadanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng.-Syafathin M.Y./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan