Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dipecat lepas 24 tahun ponteng

pecat

New Delhi: Seorang penjawat awam di India akhirnya dipecat selepas 24 tahun tidak datang bekerja.

Kali terakhir Jurutera AK Verma datang bekerja ialah pada Disember 1990.

Dia diberhentikan dua tahun kemudian selepas siasatan mendapati dia mengingkari arahan supaya datang bekerja.

Bagaimanapun, ia mengambil masa 22 tahun lagi untuk memecatnya, itu pun selepas seorang menteri Kabinet campur tangan.

“Dia datang untuk melanjutkan cuti, tetapi tidak dibenarkan malah dia turut mengingkari arahan untuk datang bekerja,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan.

Undang-undang buruh India, yang menurut Bank Dunia paling rumit di dunia, menyukarkan tindakan untuk memecat kakitangan atas sebab lain selain jenayah.

Beberapa negeri, termasuk Rajasthan dan Madhya Pradesh, baru-baru ini meminda undang-undang bagi memudahkan pengambilan serta pemecatan kakitangan, tetapi mendapat tentangan daripada kesatuan pekerja. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan