Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dipaksa jalan berbogel selepas dituduh mencuri

KETIGA-TIGA wanita berkenaan dipaksa berjalan dalam keadaan berbogel di tengah bandar. - Agensi
KETIGA-TIGA wanita berkenaan dipaksa berjalan dalam keadaan berbogel di tengah bandar. – Agensi

Huatabampo: Tiga wanita dipaksa berjalan di tengah bandar ini dalam keadaan berbogel sepenuhnya selepas mereka dituduh mencuri.

Gambar kejadian mengejutkan itu yang tersebar di media sosial negara itu menunjukkan sekumpulan lelaki bermotosikal mengiringi wanita terbabit yang cuba menutup payu dara dan kemaluan masing-masing.

Pihak berkuasa tempatan berkata, mereka sudah melancarkan siasatan tetapi berdepan dengan kesukaran kerana tidak banyak maklumat diperoleh mengenai kejadian itu.

Datuk bandar, Heliodoro Soto berkata: “Laporan awal yang kami peroleh mendakwa wanita muda itu terbabit dalam kerja maksiat dan merompak beberapa orang yang juga terbabit dalam kegiatan maksiat.

“Kami tidak menerima sebarang aduan mengenai kejadian itu. Wanita itu memilih untuk membisu. Kami juga faham mereka malu. Namun, kami masih berusaha untuk menyiasatnya dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.”

Sehingga semalam, ketiga-tiga wanita itu dan mereka yang terbabit masih belum dikenal pasti. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan