Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dikukus sampai mati

10:14am 03/03/2016 Pak Roshan 2293 views Global
ANGGOTA polis mengambil tong kayu dan peralatan yang digunakan untuk mengukus mangsa hingga mati.

ANGGOTA polis mengambil tong kayu dan peralatan yang digunakan untuk mengukus mangsa hingga mati.

Chengdu, China: Seorang wanita maut selepas dikukus hidup-hidup oleh dua pengamal perubatan yang mendakwa ia satu kaedah rawatan mengubati penyakitnya.

Wanita yang dikenali sebagai Li Mo itu tinggal di sebuah kampung di wilayah Sichuan, dilaporkan mengalami penyakit ganjil sejak beberapa tahun lalu.

Penduduk kampung memberitahu, Li sudah menemui ramai doktor dan pakar perubatan moden serta tradisional, namun penyakitnya masih gagal diubati.

Baru-baru ini, Li bertemu dengan dua bomoh yang memberitahunya bahawa ada roh jahat berada di dalam badannya.

Bomoh ternanot berkata, roh jahat berkenaan boleh dihalau dengan cara Li dimasukkan ke dalam tong kayu yang diletakkan di atas air mendidih. – Agensi/HMetro

31B5AD7100000578-3469369-Steamed_to_death_Two_witch_doctors_were_hired_by_the_woman_s_fam-m-1_1456830293171

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan