Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Selena dikritik, didakwa biadab

GAMBAR yang didakwa menunjukkan Selena sengaja mempamerkan kakinya ketika berada dalam Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.
GAMBAR yang didakwa menunjukkan Selena sengaja mempamerkan kakinya ketika berada dalam Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.

London: Bintang pop Selena Gomez dikritik hebat selepas dia memuat naik gambar dirinya yang mempamerkan pergelangan kakinya ketika melawat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi ke dalam Instagram.

Selena dipercayai membuang gambar itu selepas menerima kecaman daripada beberapa pemiatnya.

Hanya gambar kedua Selena bersama rakannya Kendall Jenner, Gigi Hadid, Cody Simpson dan Shay Mitchell masih ada di Instagram, semalam.

Mengulas gambar berkenaan, Alaa Almitwally menulis: “Biadab! Masjid ialah tempat suci, ia bukan tempat untuk berseronok, sungguh mengecewakan.”

Seorang lagi pengguna Ayisha Elturk menulis: “Jika mereka berniat untuk mempelajari, mereka tidak akan berkelakuan seperti berdiri di luar atau di taman tema. Saya sukakan Selena Gomez, tetapi saya bukan lagi peminatnya.”-Agensi

Komen


Berita Berkaitan