Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dijumpai meninggal di bilik hotel

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah bilik tingkat sembilan Kinabalu Daya Hotel Jalan Pantai pagi tadi.

Mangsa Abdul Gaffar bin Mohd Yassin, 68 tahun, berasal dari Kuala Penyu ditemui terbaring di lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik hotel tersebut semasa pekerja housekeeping mahu mengemas bilik tersebut sekitar jam 2.00 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan polis di lokasi kejadian mendapati  pintu bilik tidak berkunci dan mangsa dalam keadaan terbaring  di lantai bilik tersebut dan tidak sedarkan diri dan terdapat pelbagai jenis ubat di atas katil serta didapati tiada unsur-unsur jenayah.

“Doktor dari   hospital Queen Elizabeth turut berada di lokasi dan  telah mengesahkan kematian mangsa dan punca kematian mangsa adalah penyakit  Diabetis dan Darah Tinggi,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Komen


Berita Berkaitan