Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dijual RM81 untuk dijadikan pelacur

dipaksa melacur

Bandung: Polis di sini semalam menyelamatkan seorang gadis yang baru saja dijual dengan harga Rp300,000 (RM81) kepada sebuah rumah pelacuran.

Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat polis Bandung, ketua polis Mahsudi berkata, pihaknya melancarkan gerakan mencari gadis berusia 14 tahun itu selepas menerima laporan mengenai kehilangannya daripada ibubapanya.

Menurut Mahsudi, pihaknya menahan seorang lelaki dipercayai bapa ayam yang membeli gadis itu daripada lelaki bernama Jem.

Hasil siasatan mendapati gadis itu yang berhenti sekolah, meninggalkan rumah untuk mendapatkan pekerjaan di pusat bandar Bandung.

Dia diperkenalkan dua rakannya kepada lelaki bernama Jem yang hingga kini masih diburu polis.

Jem berjanji mencarikannya kerja sebagai jurujual di kedai akuarium tetapi membawanya kepada bapa ayam dikenali sebagai DS.

‘Jem menjual mangsa dengan harga Rp300,000 kepada DS,” kata Mashudi.

DS dalam keterangannya kepada polis berkata, dia enggan membeli mangsa tetapi didesak Jem.

Dia kini dalam tahanan dan berdepan hukuman penjara lima tahun sekiranya didapati bersalah atas tuduhan permerdagangan manusia. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan