Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dijel 3 tahun ubah suai gambar presiden

10:57am 22/12/2015 Pak Roshan 131 views Global
GAMBAR Presiden Abdel Fattah yang diubah suai sehingga mencetuskan kemarahan kerajaan Mesir.

GAMBAR Presiden Abdel Fattah yang diubah suai sehingga mencetuskan kemarahan kerajaan Mesir.

Mesir: Seorang lelaki 22 tahun dipenjara tiga tahun selepas menyiarkan gambar presiden negara itu yang diubahsuai dengan memakai telinga karakter Mickey Mouse.

Amr Nohan, graduan undang-undang, dihadap ke mahkamah tentera, lima hari sebelum dia menamatkan perkhidmatan wajib tentera kerana berkongsi gambar satira itu di laman sosial.

Pendakwa tentera mendakwa Amr pada 22 Ogos lalu atas tuduhan menyebarkan gambar, menunjukkan Presiden Abdel Fattah El Sisi dengan telinga Mickey Mouse.

Kurang empat bulan selepas didakwa, dia dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Menurut dakwaan, Amr turut menyiarkan komen mengandungi mesej antipembangunan, termasuk ‘Jatuh dengan Sisi, Mursi dan Mubarak’ – yang dianggap menghina tokoh negara.

Amr ditahan di penjara Borg El Arab, berhampiran Iskandariah.

“Kita sebenarnya di negara Mickey Mouse,” kata abangnya, Mansour kepada IBTimes ketika mengulas mengenai hukuman ke atas adiknya.

“Satira ialah cara untuk masyarakat meluahkan apa yang ada di dalam kepala mereka, ekspresi diri mereka tidak kira di negara demokrasi atau tidak,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan