Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dijel 15 tahun bunuh suami kekasih

bunuhsuami

IPOH : Seorang mekanik dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini sebentar tadi, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan daripada membunuh kepada membunuh tanpa niat, suami teman wanitanya pada Februari 2012.

Tertuduh N Ravi Kumar, 30, dituduh melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian N Rajendhran, 50, pada 4 Februari 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di Nombor B-1, Kampung Deralik, Setiawan, Manjung.

Ravi Kumar, yang diwakili peguam ‎Terence Naidu kemudian mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan kepadanya itu dan merayu supaya dikenakan hukuman paling ringan.

Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar, bagaimanapun meminta mahkamah mengenakan hukuman antara 15 hingga maksimum 30 tahun berdasarkan tindakan kejam tertuduh yang menetak mangsa sebanyak 32 kali dan menikam sebanyak 15 kali hingga menyebabkan mangsa tiada peluang untuk hidup dengan kesan luka yang dialami.

Hakim Lee Swee Seng kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap.

Komen


Berita Berkaitan