Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Diheret kereta sampai mati

diheretsampaimati

Johannesburg: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang terperangkap kerana tali pinggang keledarnya diseret sehingga mati dalam satu kes mencuri kereta di sini, semalam.

 

Ibu mangsa yang melihat kejadian itu hanya mampu menjerit sehingga hampir pengsan di tepi jalan.
“Ibu, tolong saya,” ialah perkataan terakhir yang didengar Chantel Morris daripada anaknya, Taegrin ketika dia bergelut untuk melepaskan dirinya sebelum penjenayah memecut laju kereta berkenaan dengan dia terkapai-kapai di luar pintu, lapor akhbar Independent.

 

Sebelum kejadian, Chantel meletakkan Taegrin dan anak perempuannya yang berusia lapan tahun di dalam kereta di luar rumah ibunya di Boksburg, timur Johannesburg.
Tanpa disedari, tiga suspek menghampiri kenderaan itu dan mengacu pistol ke kepala Chantel.
“Saya merayu supaya mereka membebaskan anak saya dan mereka boleh ambil apa saja.

“Saya ke bahagian penumpang di belakang dan cuba menarik keluar Taegrin,” kata Chantel.
Anak perempuannya berjaya keluar dari kereta berkenaan, manakala ketika Chantel berusaha membuka tali pinggang keledar, kaki Taegrin tersangkut.

 

Tanpa menghiraukan keadaan itu, suspek memecut kereta berkenaan.
Chantel dan beberapa orang yang menyaksikan kejadian itu mengejar sambil menjerit tetapi ia tidak berhenti. Kereta itu kemudian ditemui empat kilometer dari tempat kejadian sementara mayat mangsa masih tersangkut di luar pintu. – AFP

Komen


Berita Berkaitan