Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DigiWED memperkasakan wanita dengan kemahiran internet dan digital

6:17pm 08/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 32 views Tempatan
Raya Erom melawat booth pameran Digi setelah merasmikan pelancaran program DigiWED,hari ini

Raya Erom melawat booth pameran Digi setelah merasmikan pelancaran program DigiWED, hari ini.-Foto: Alex Mairin/SayangSabah

TUARAN- Digi Telecommunications Sdn Bhd melalui inisiatif Digi Empower
Societies memperkenalkan program Digi Wanita Era Digital (DigiWED) yang julung kali diadakan di Sabah dan Sarawak pada hari ini.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen Digi untuk membawa kuasa internet kepada masyarakat di seluruh Malaysia dan memberi inspirasi serta memperkasa wanita di negara ini melalui penggunaan internet dan pendidikan kemahiran asas internet.

Menurut Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Digi, Eugene Teh, 48.5
peratus daripada penduduk Malaysia terdiri daripada kaum wanita, dan lebih kurang enam juta wanita di seluruh negara ini masih belum mempunyai akses kepada internet.

“Kami melihat ini sebagai peluang untuk membawa perubahan yang dapat merapatkan jurang digital dengan menangani halangan kepada penggunaan internet di kalangan wanita terutamanya yang tinggal di luar bandar yang mungkin tidak tahu bagaimana untuk mengakses internet,”katanya semasa berucap di majlis pelancaran program DigiWED di Dewan Sulaman, disini, hari ini.

Disamping itu, beliau berkata bahawa penggunaan internet mempunyai peranan yang penting dalam meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat negara ini.

“Internet dapat mewujudkan sumber pendapatan baru dan meningkatkan produktiviti kerja masyarakat, memacu inovasi negara serta membolehkan peniaga tempatan menembusi pasaran global,”katanya.

Tambahnya, program DigiWed itu merupakan salah satu usaha dalam memastikan kaum wanita tidak ketinggalan dalam memanfaatkan peluang yang ada menerusi penggunaan internet dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu, katanya, Digi turut mengalu- alukan permintaan daripada
orang ramai untuk membawa DigiWED ke sebarang kumpulan masyarakat di seluruh Malaysia.

“Ini merangkumi sebarang kumpulan yang mempunyai minat termasuk persatuan penduduk, kumpulan wanita, kolej, kumpulan sosial dan lain-lain.

“Mereka boleh menghubungi Digi melalui laman web atau emel, dan Digi akan menganjurkan perjumpaan di kawasan mereka,”katanya.

Mereka yang berminat untuk mengetahui mengenai program DigiWED, perjumpaan pada masa akan datang atau pemohonan DigiWED boleh melayari laman sesawang Digi di www.digi.com.my/wanita.

Hadir sama, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Suria,
Datuk Hajjah Raya Erom bagi merasmikan pelancaran program tersebut.-Elezebeth Esther/SayangSabah

KENANGAN...Raya Erom (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta program seminar DigiWED. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KENANGAN…Raya Erom (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta program seminar DigiWED. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan