Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Digilis lori lepas motor terbalik

digilis lori

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut selepas motosikal ditungganginya terbalik sebelum digilis sebuah lori yang membawa muatan kren di Kilometer 18, Lebuh raya Damansara Puchong (LDP), di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun itu dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja.

Sumber berkata, kemalangan dikatakan berlaku apabila mangsa dikatakan cuba memotong barisan berikutan keadaan jalan yang sesak ketika semua orang bergegas untuk ke pejabat.

“Kejadian berlaku di susur masuk ke Bandar Sunway ketika motosikal mangsa tiba-tiba bergesel dengan bahagian tepi lori itu.
“Akibatnya motosikal mangsa terbalik menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya sebelum digilis tayar belakang lori berkenaan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan