Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

digigitkura-kura

KURA-KURA itu hanya melepaskan gigitannya 10 minit selepas kejadian.
KURA-KURA itu hanya melepaskan gigitannya 10 minit selepas kejadian.

Beijing: Seorang lelaki mabuk mendakwa dirinya boleh memakan kura-kura hidup, tetapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila kura-kura itu terlebih dulu mengigitnya.

Lelaki itu berkeliaran di sebuah pasar di Beijing dalam keadaan terhoyong-hayang apabila berhenti di depan sebuah gerai ikan dan cuba memakan seekor kura-kura hidup.

Kura-kura itu bagaimanapun menggigit bibirnya terlebih dulu dan melepaskan gigitan itu 10 minit kemudian.

Orang ramai datang menghampirinya, tetapi tiada yang dapat membantu.

Menurut laporan, lelaki itu berusia sekitar 40-an dan memelihara kura-kura di rumahnya.

Dia dikatakan sering bermain dengan kura-kura peliharaannya dengan meletakkannya pada mulutnya.

Malangnya, kura-kura di pasar itu tidak berminat untuk bergurau seperti kura-kura peliharaan lelaki itu.

Pemilik gerai berkenaan berkata: “Kura-kura yang dipeliharanya mungkin kecil. Ia sesuai untuk dipelihara. Tetapi, yang saya jual, besar. Ia untuk dimasak. Kami juga sangat berhati-hati apabila memegangnya kerana tidak mahu digigit.”

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mac tahun lalu, seorang lelaki di Fuji dimasukkan ke hospital selepas bibirnya bengkak teruk gara-gara digigit kura-kura. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan