Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Didy Yani Dinoh dinobatkan ratu unduk ngadau Bandaraya Kota Kinabalu

9:55am 15/05/2016 Leolerry Lajius 1860 views Tempatan
Didy (tengah) pemenang unduk ngadau Kota Kinabalu diapit pemenang dan penerima anugerah yang lain.

Didy (tengah) pemenang unduk ngadau Kota Kinabalu diapit pemenang dan penerima anugerah yang lain.

KOTA KINABALU: Didy Yani Dinoh dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Unduk Ngadau peringkat Bandaraya Kota Kinabalu yang juga turut memenangi hadiah sampingan Miss Yess sekaligus akan mewakili Bandaraya Kota Kinabalu di pertandingan peringkat negeri.

Tempat kedua disandang oleh Laura Simon sekaligus akan mewakili Likas di peringkat negeri dan tempat ketiga disandang oleh Mirna Binti Kota.

Tempat keempat disandang oleh Tatiana Rudolf J.Milip, tempat kelima disandang oleh Andrea Nyuk Fah Harry yang turut memenangi hadiah sampingan Miss FB Favourite, tempat keenam disandang oleh Dewina Petrus Guriting dan di tempat ketujuh disandang oleh Alexsa Chin Chiaw Yinn.

Manakala pemenang bagi anugerah sampingan adalah, Miss Audience Choice serta Miss Popular disandang oleh Cindy Jenniffer David dan Miss Best Hair Do disandang oleh Shareene Francis Loudin.

Seramai 15 orang finalis telah menyertai pertandingan ini dan tujuh daripada mereka dipilih untuk ke saringan kedua bagi mencari pemenang yang akan mewakili Kota Kinabalu dan Likas ke peringkat negeri. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan